fb fb fb fb fb

Pelakon Dharma Harun Al-Rashid meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 25 November- Pelakon veteran, Dharma Harun Al-Rashid meninggal dunia di kediamannya di Wangsa Maju, malam ini.

Berita pemergiaan Allahyarham dikongsikan oleh anak keduanya Muhammad Al Syafiq, 36, menerusi satu hantaran di Instagram.

“Ayah saya meninggal dunia waktu saya balik tadi, pukul 9.10 malam. Akan diurus di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai,” katanya.

Dharma, 68, yang dikenali menerusi filem Adik Manja, sebelum ini menghidap beberapa masalah kesihatan termasuk asma, bengkak jantung dan paru-paru, gastrik serta masalah tiroid.

Pada 2019, Allahyarham pernah diserang angin ahmar yang menjejaskan pertuturan, dan kesan strok serta penyakit lain turut menurunkan daya ingatannya sehingga beliau tidak lagi mampu bekerja.

Selain Muhammad Al Syafiq, Allahyarham turut dijaga oleh anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang masih mengikuti pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Pada Februari 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Politik beliau Datuk Ahmad Farhan Fauzi, menyampaikan sumbangan kepada pelakon popular era 1980-an itu untuk membantu urusan hariannya.-BERNAMA

AZRUL FAIZAL JUSOH