fb fb fb fb fb

Amelia Henderson diarah bayar lebih RM200,000 kepada A Aida

(Amelia Henderson ketika tiba di perkarangan mahkamah)

KUALA LUMPUR, 7 April- Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Amelia Henderson untuk membayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd, berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.

Hakim, Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia selaku defendan telah melanggar terma-terma kontrak dalam filem Sekali Lagi Cinta Kembali.

Dalam prosiding hari ini, peguam, Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku plaintif manakala Amelia pula diwakili peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman.

Tiga saksi daripada plaintif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan sepanjang proses perbicaraan yang bermula 1 November tahun lepas.

Semasa perbicaraan, seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.

Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.


(A Aida ketika meninggalkan mahkamah)

Media Baharu