fb fb fb fb fb

Che Ta ajak wanita buat duit, bangkit berjaya

(Che Ta)

DAMANSARA, 3 April- Pernah diiktiraf antara 100 CEO Muda Terbaik Anjuran Ikon Malaysia pada 2019, Rozita Che Wan meneruskan usaha dalam bidang perniagaan untuk rangkaian produk inai terbaharunya.

Berkolaborasi bersama usahawan Anas Zahrin beberapa tahun lalu, Rozita, atau lebih mesra disapa Che Ta berkata usaha sama itu membuka banyak peluang kepada banyak pihak terutamanya wanita serta ibu tunggal.

"Kita kena bagi manfaat kepada orang lain, bila saya buat duit saya mahu orang lain juga dapat sama-sama buat duit, jana pendapatan.

"Bagaimana cara buat duit ialah melalui siri produk yang kami lancarkan. Kami buka peluang untuk semua jadi rakan kongsi niaga, jadi ejen, stokis, bermula tanpa modal.

"Kami mahu bantu khususnya wanita jana pendapatan, bangkit berjaya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran inai segera 'Set Kuku Letups' di GlamHall, di sini baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan Che Ta mengalu-alukan 100,000 wanita tidak kira status untuk menjana pendapatan bersamanya pada musim Ramadan dan Aidilfitri ini.

“Lebih kurang RM7 juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini.

“Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.

“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua.


(ANAS dan Che Ta  mahu membantu lebih ramai menjana pendapatan sempena musim
perayaan menerusi perniagaan set inai)

Pada majlis itu juga tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Alyah, Shiha Zikir, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Imran Ajmain. dan Irfan Haris

Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun.

Ia juga bagi menghargai rakan media dan peminat inai keluaran mereka.



Media Baharu