fb fb fb fb fb

Jisoo Blackpink lancar album mini "ME"

(Tangkap layar video muzik "Flower"/Reuters)

SEOUL, 31 Mac- Jisoo dari kumpulan K-pop terkenal, Blackpink melancarkan penampilan pertama (debut) secara solo menerusi album mini berjudul "ME", hari ini.

Syarikat pengurusan YG Entertainment memaklumkan, pra-pesanan bagi album sulung Jisoo yang terdiri daripada dua buah lagu termasuk lagu utama "Flower" itu telah melebihi sebanyak 1.31 juta pesanan, setakat semalam.

"Flower" meraih lebih 11 juta tontonan sejak dilancarkan secara rasmi menerusi YouTube, tiga jam lalu.

Blackpink menjadi salah satu kumpulan gadis paling berjaya di dunia, sejak debut mereka pada 2016 dengan memecahkan rekod mempunyai pengikut paling ramai di YouTube sebagai artis.

Jennie menjadi ahli pertama melancarkan lagu solo pada 2018, diikuti Rose dan Lisa pada 2021.

Kumpulan itu memulakan jelajah dunia "Born Pink" di Seoul pada Oktober 2022 yang dijadualkan berlangsung sehingga Jun. -Reuters

(Tangkap layar video muzik "Flower"/Reuters)

Media Baharu