(FOTO REUTERS)
LONDON, 28 Februari- Saingan akhir bola sepak Piala Liga Inggeris menyaksikan Liverpool berjaya memenangi piala pertamanya musim ini selepas penjaga gol Chelsea gagal menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti.
Dalam aksi di Wembley itu, Kepa Arrizabalaga menyepak bola tinggi melepasi palang seterusnya memberi kemenangan 10-11 kepada Liverpool.
Arrizabalaga dimasukkan pada saat akhir perlawanan menggantikan Edouard Mendy, namun dia menjadi satunya-satunya pemain yang gagal menjaringkan gol selain gagal menyekat kesemua sepakan penalti pemain Liverpool.
Kecekapan Mendy dalam 90 minit permainan juga menyelamatkan Chelsea daripada memberi kemenangan awal kepada Liverpool.
Kedua-dua pasukan berhak menang dengan saling melakukan serangan pada masa sebenar perlawanan.
Namun, Liverpool bernasib baik apabila tiga jaringan Chelsea dibatalkan kerana ofsaid.
Jaringan oleh pemain Chelsea, Joel Matip juga dinafikan oleh video bantuan pengadil (VAR) kerana pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk didapati menarik pemain lawan dalam kotak penalti.