PUTRAJAYA, 18 September- Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor menyokong dan menyarankan lebih banyak pembikinan filem berunsurkan patriotik bagi meningkatkan semangat cintakan negara.
Menurut Pengarah MKN Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan, menerusi filem itu, informasi dan mesej dapat disalurkan kepada masyarakat mengenai perjuangan pasukan keselamatan negara.
(Pengarah MKN Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan)
"Kami di MKN amat menyokong pelaksanaan atau pembikinan filem sebegini kerana rakyat kita kini memerlukan informasi, tetapi dalam bentuk yang santai dan bagaimana mereka dapat menerima.
"Jadi ini merupakan salah satu pendekatan yang sangat proaktif daripada pihak pembikinan filem untuk menerapkan rasa cintakan kepada negara", katanya dalam program Santai Minda Patriotik, Demi Negaraku Tercinta di Putrajaya.
Seramai 180 orang terlibat menyaksikan tayangan filem MALBATT: Misi Bakara, antaranya pegawai serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Pusat Pengajian Pertahanan Nasional dan Maritim Malaysia. Turut hadir, Pengarah Penyiaran Selangor, Noriza Salleh.