(Danny Masterson dan Bijou Phillips)
LOS ANGELES, 20 September- Aktres Bijou Phillips memfailkan permohonan cerai daripada Danny Masterson kurang dua minggu selepas bekas bintang "That '70s Show" itu dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun kerana merogol dua wanita.
Model dan penyanyi itu menyebut mereka sudah tiada persefahaman dalam petisyennya di mahkamah California, lapor laman web berita selebriti TMZ.
Masterson, didapati bersalah pada Mei kerana merogol dua wanita itu pada 2001 dan 2003 di rumahnya di kawasan Hollywood Hills di Los Angeles, dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 7 September hingga 30 tahun.
Pelakon AS berusia 47 tahun itu yang mempunyai seorang anak dengan Phillips, tidak layak untuk mendapat parol sehingga dia berusia 77 tahun.
Phillips memohon hak penjagaan penuh anak perempuan mereka yang berusia sembilan tahun, dengan hak lawatan untuk Masterson, lapor TMZ.
Phillips dilihat setia bersama Masterson menempuhi dua perbicaraan yang membabitkannya.
Masterson menjadi terkenal menerusi sitkom retro "That '70s Show" pada 1998, di mana dia memainkan watak Steven Hyde bersama Mila Kunis dan Ashton Kutcher.
Dia sekali lagi bergandingan dengan Kutcher di "The Ranch" Netflix, tetapi dipecat pada 2017 selepas polis Los Angeles mengesahkan mereka menyiasat pelbagai dakwaan rogol terhadap pelakon itu.-AFP
(Danny Masterson dan Bijou Phillips)