fb fb fb fb fb

Kolabrasi 'Harapan Tak Kunjung Usai' semangat negara serumpun ST12, Hazama

KUALA LUMPUR, 20 September - Buat julung kalinya Hazama Ahmad Azmi lebih mesra dikenali sebagai Hazama dilamar untuk berkerjasama dengan kumpulan terkenal dari Indonesia ST12 menerusi single “Harapan Tak Kunjung Usai”.

Hazama menyatakan rasa terharu dan berharap kerjasama itu dapat memberi warna baharu kepada dunia muzik pop Melayu.

"Saya harap lagu itu sesuai di halwa telinga masyarakat Indonesia serta menjadi lagu kegemaran.

“Saya berbangga sangat dapat berkolabrasi dengan ST12 sebab sebelum berkolabrasi saya merupakan peminat mereka, bila dapat berkolabrasi ia merupakan peluang yang tak mungkin saya akan lepaskan,” katanya pada majlis pelancaran single tersebut di Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.


(Hazama pada majlis pelancaran single terbaharunya hari ini)

Menurut Hazama, proses rakaman yang dilakukan di Bandung, Indonesia itu berjalan lancar kerana memiliki persamaan budaya dan bahasa.

Single yang telah dilancarkan di Jakarta pada 5 September lalu, itu turut menerima reaksi positif daripada peminat di negara jiran.

Menurut Pepep, selaku pemain drum kumpulan ST12, kolabrasi tersebut berjaya menarik minat pencinta muzik dari Indonesia.

“Kami mendapat beberapa komen di YouTube yang menyatakan dengan adanya kolaborasi bersama Hazama dalam kumpulan menjadikan single ini ada daya tarikan tersendiri," katanya.

Semangat negara serumpun itu bakal diterjemahkan Pepep dan Hazama menerusi ST12 Live In Malaysia di Zepp Kuala Lumpur pada 10 November depan.

Media Baharu