fb fb fb fb fb

Bintang "Wolverine" Hugh Jackman dan isteri berpisah

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 16 September - Pelakon terkenal, Hugh Jackman dan isterinya diilaporkan berpisah menurut kenyataan media Amerika Syarikat pada Jumaat.

Pelakon berasal Australia berusia 54 tahun itu bertemu dengan isterinya, Deborra-Lee Jackman di set penggambaran siri televisyen Australia pada 1995 dan melangsungkan perkahwinan setahun selepas itu.

"Kami bersyukur dapat bersama-sama sebagai suami isteri selama tiga dekad. dan ia merupakan perkahwinan yang bahagia", kata pasangan berkenaan menerusi kenyataan bersama yang dilaporkan oleh People Magazine.

Kenyataan itu turut menyebut punca perpisah itu adalah disebabkan matlamat pasangan berkenaan yang tidak lagi sehaluan.

"Hala tuju kehidupan kami telah berubah dan telah memutuskan berpisah bagi mengembangkan potensi individu di masa depan.

"Keluarga akan tetap menjadi keutamaan dan kami akan menjalani fasa baru kehidupan dengan penuh rasa kasih sayang dan hormat", jelas pasangan berkenaan.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan dua orang cahaya mata.-AFP


(Aktor Hugh Jackman dan isteri/FOTO AFP)

Media Baharu