fb fb fb fb fb

Johan bersyukur kerana masih diingati peminat

(Foto RTM)

CYBERJAYA, 15 September- Dikenali dengan watak Botak dalam sebuah drama, pelakon, Johan As'ari bersyukur dan terharu kerana masih diingati peminat walaupun watak tersebut telah lama dimainkan dan dilakonkan olehnya.

Bermula kerjaya dalam bidang lakonan dari tahun 2010, Johan bersyukur kerana sehingga kini beliau masih diberi kesempatan untuk mewarnai industri seni kreatif tanah air.

Drama terbaharu lakonan Johan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) baharu sahaja habis ditayangkan di TV1 bertajuk Gelora 1941.

Drama berkenaan menceritakan sebuah karya yang diinspirasikan daripada novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ia mengetengahkan kisah percintaan dan semangat dua anak muda berlainan darjat pada tahun 1941 semasa pemerintahan Inggeris di ambang kedatangan Jepun di Tanah Melayu.


(Foto RTM)

Media Baharu