fb fb fb fb fb

Pengarah filem 'Oppenheimer' dapat 'knighthood'

Pengarah Oppenhiemer, Christopher Nolan (dua dari kanan) bersama-sama barisan pelakon filem berkenaan /Foto Reuters

LONDON, 3 April - Pengarah filem 'Oppenheimer' kelahiran British-AS, Christopher Nolan yang masih lagi segar dengan kemenangan pada Anugerah Oscar bulan lalu bakal dianugerahkan darjah kebesaran 'Knighthood' daripada kerajaan Britain bagi menghargai sumbangannya dalam bidang filem.

Penerbit filem dan isteri kepada Nolan, iaitu Emma Thomas juga bakal dianugerahkan darjah kebesaran 'Damehood iaitu kebesaran yang menyamai 'Knighthood' bagi wanita.

Kerajaan Britain berkata senarai penerima darjah kebesaran adalah berdasarkan cadangan oleh Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak yang turut mengandungi tokoh politik Konservatif dan peneraju Industri teknologi.

Filem 'Oppenheimer' merupakan filem biopik yang mengisahkan perlumbaan bagi mencipta bom atom pertama berjaya membawa pulang tujuh anugerah Akademi bulan lalu termasuk Filem terbaik dan Pengarah Terbaik.

Nolan merupakan penulis Lakon layar filem berkenaan dan turut bertindak selaku penerbit bersama isterinya, Emma Thomas.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD