fb fb fb fb fb

Pemain bola sepak cedera dibaling telefon bimbit

SAO PAULO, 20 Mac- Pemain bola sepak Brazil, Lucas Silva cedera terkena balingan telefon bimbit oleh penonton ketika meraikan jaringan pagi tadi.

Beliau yang beraksi dengan kelab dari Porto Alegre, Gremio terpaksa meninggalkan padang untuk mendapatkan rawatan.

"Silva ketika itu sedang meraikan jaringan ketiga Gremio yang menang 3-0 mengatasi pencabar tetangganya, International sebelum telefon bimbit itu dibaling dari tempat duduk penonton dan terkena mukanya,

"Pemain gantian, Lucas Silva dikeluarkan, mengalami pendarahan selepas terkena telefon bimbit yang dibaling," jelas Gremio di Twitter.

(Lucas Silva cedera pada bahagian mulut selepas terkena balingan telefon bimbit penonton -TWITTER)

Video insiden berkenaan menunjukkan pemain berusia 29 tahun itu yang juga bekas pemain tengah Real Madrid dan Marseille berdarah pada bahagian mulut.

Serangan itu terjadi pada minit ke-79 aksi separuh akhir kejuaraan negeri Rio Grande do Sul.

Ia merupakan kali kedua insiden serius berlaku membabitkan kedua-dua musuh setempat itu kurang daripada sebulan. -REUTERS



Media Baharu