MANAMA, 20 Mac- Prinsipal pasukan Ferrari, Mattia Binotto yakin Charles Leclerc mampu meletakan pasukannya di di petak pendahulu perlumbaan pembuka tirai di Grand Prix Bahrain, awal pagi tadi.
Ini sekali gus mengembalikan semangat pasukan berkenaan beroleh kemenangan dalam edisi kali ini, setelah Leclerc berjaya beroleh kejayaan dalam GP di Azerbaijan Jun tahun lalu.
Ferrari kembali ke kedudukan ke tiga keseluruhan musim lalu selepas kecundang dalam tempoh 40 tahun dengan tempat keenam pada 2020, dan dilihat akan bersaing hebat dengan Red Bull bagi awal musim ini.
(Ferrari komited tamatkan misi kemarau kejuaraan musim GP di Bahrain -FOTO AFP)
"Sesuatu yang hebat untuk berada di sana. Kami tahu ia akan menjadi cabaran besar," kata Binotto kepada Sky Sports.
"Saingan kali ini sangat sengit untuk keseluruhan musim, saya harap ia akan menjadi pertarungan yang bagus dan perlumbaan yang hebat."
Pada 2008, Ferrari tidak berjaya memenangi kejuaraan musim itu dan optimis pasukannya berupaya beroleh kemenangan tahu ini dengan permulaan era baharu dengan lebih banyak perubahan pada peraturan.
Leclerc kini mencipta 10 petak pendahulu, 0.123 saat lebih pantas berbanding pemandu Red Bull yang juga juara bertahan, Max Verstappen. -REUTERS