FOTO MFL
SHAH ALAM, 20 Mac- Jaringan tunggal S. Sharvin sudah memadai untuk melonjak Selangor FC 2 ke tangga ketiga Liga Premier selepas menewaskan UiTM FC 1-0 dalam aksi di Stadium UiTM, malam tadi.
UiTM FC dilihat beberapa kali cuba mengasak gawang Selangor 2 namun gagal menembusi gawang lawan pada babak pertama perlawanan.
Selangor 2 dipimpin jurulatih Rusdi Suparman bagaimanapun terlebih dahulu memecah kebuntuan gol menerusi jaringan S. Sharvin yang membolosi gol UiTM FC pada minit ke-30.
Bersambung babak kedua perlawanan, Selangor 2 cuba menggandakan jaringan dengan mengasak pintu gol lawan namun gagal membuahkan hasil.
Keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat dibunyikan dan keputusan tersebut menempatkan Selangor 2 di tangga ketiga liga dengan mengutip tiga mata.
FOTO MFL