fb fb fb fb fb

Pelakon, Mark Margolis meninggal dunia pada usia 83 tahun

(Mark Margolis/Twitter Breaking Bad)

LOS ANGELES, 5 Ogos- Pelakon veteran Hollywood, Mark Margolis meninggal dunia pada usia 83 tahun selepas tidak lama menderita sakit yang tidak dinyatakan, semalam.

Mendiang yang terkenal dengan watak antagonis berkerusi roda sebagai Hector Salamanca menerusi rancangan televisyen 'Breaking Bad' dan drama bersiri 'Better Call Saul' itu menghembuskan nafas terakhir di samping isteri dan anak lelakinya di sebuah hospital di New York.

Dilahirkan di Philadelphia pada tahun 1939, Margolis berpindah ke New York untuk meneruskan lakonan.

Mendiang menempa kerjaya sebagai pelakon yang berjaya menerusi filem seperti 'Scarface', 'Ace Ventura: Pet Detective' dan 'Black Swan' serta siri HBO 'Oz.'

Pada tahun 2012, Margolis telah dicalonkan untuk Anugerah Emmy menerusi lakonan dalam 'Breaking Bad'.

Margolis meninggalkan isteri, Jacqueline, 61, dan anak tunggal mereka, Morgan serta tiga cucu. -AFP

(Mark Margolis/AFP)

Media Baharu