fb fb fb fb fb

PDRM FC kutip 3 mata di Stadium Perak

(FOTO MFL)

IPOH, 21 Mac- PDRM FC bangkit pada babak kedua untuk menumpaskan Perak FC 3-1 dalam aksi tunggal Liga Premier yang berlangsung di Stadium Perak malam tadi.

Penyerang import dari Kyrgyzstan Mirbek Akhmataliev muncul wira buat skuad The Cops apabila menjaringkan dua gol bagi melonjakkan kedudukan pasukan ke tangga kedua liga.

Perak yang beraksi di halaman sendiri bermula cemerlang dalam memanfaatkan peluang itu apabila memulakan jaringan pada minit ke-13 menerusi Royyizat Daud.

PDRM bingkas bangkit namun tampak longlai di bahagian serangan apabila cubaan demi cubaan tidak berhasil menerobos gawang Perak sehingga wisel separuh masa pertama ditiup.

Bersambung babak kedua, PDRM mulai menemui rentak untuk memecah kebuntuan menerusi jaringan Martin Adamec pada minit ke-64 sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Tidak berhenti di situ, asakan demi asakan PDRM membuahkan hasil apabila jaringan Mirbek pada minit ke-74 dan ke-78 cukup membuatkan mereka pulang selesa dengan tiga mata penuh.

Keputusan itu sekali gus meletakkan PDRM di kedudukan kedua Liga Premier manakala Perak FC, kedudukan kesembilan.


(Carta terkini Liga Premier/MFL)

Media Baharu