fb fb fb fb fb

F1 GP Bahrain,Charles Lecler juara pembuka musim di Sakhir

SAKHIR, 21 Mac - Perlumbaan pembuka musim, Grand Prix Bahrain diungguli Charles Leclerc dengan rakan sepasukan Carlos Sainz Junior di tempat kedua menjadikan penyudahan satu-dua untuk pasukan Ferrari.

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton melengkapkan podium di tempat ketiga dengan Sergio Perez mengalami kerosakan mekanikal pada jenteranya di pusingan terakhir perlumbaan.

Rakan sepasukan Perez, Max Verstappen juga tidak menamatkan perlumbaan di Sakhir itu selepas jentera RB18 dipandunya juga menghadapi masalah.

(FOTO AFP)

Jentera juara bertahan itu kehilangan kuasa ketika berada di tempat kedua di tiga pusingan terakhir dan terpaksa kembali ke pit. Keputusan itu meletakkan Leclerc di depan dalam kedudukan pemandu dengan 22 perlumbaan lagi bakal berlangsung.

Ia merupakan kemenangan kali ketiga dalam karier Leclerc dan yang pertama bagi Ferrari sejak tahun 2019 di Grand Prix Singapura.-AFP

Media Baharu