fb fb fb fb fb

Kejohanan Tour Gateh D Tranung bermula esok

KUALA TERENGGANU, 20 Mac - 27 pasukan tempatan dan luar negara bakal menyertai Kejohanan Tour Gateh D' Tranung yang akan bermula esok sehingga 25 Mac ini.

Kali terakhir kejohanan dianjurkan pada 2011 dan tahun ini RM650,000 diperuntukkan bagi penganjurannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia Dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kejohanan jelajah melibatkan lima pusingan di semua daerah bermula dari Kuala Terengganu dan berakhir di Kemaman.

Program sebahagian daripada pendekatan pelancongan sukan dalam usaha merancakkan kembali sektor ekonomi negeri serta rakyat.


(Wan Sukairi Wan Abdullah bersama barisan penaja Kejohanan Tour Gateh D' Tranung)

Kejohanan melibatkan penyertaan 27 pasukan berbasikal dengan acara bawah 23 tahun dan terbuka, termasuk dua pasukan dari Singapura iaitu Singapore Cycling Federation dan Specialized Dynasty Mavericks.

"Sama ada pasukan bawah 30 tahun untuk persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) dan juga kelab profesional kita (TSG), untuk melangkah ke depan dengan lebih jaya dan kejohanan ini menjadi satu titik tolak kepada Majlis Sukan Negeri dan persatuan lumba basikal untuk mencari bakat yang boleh diketengahkan bersama pasukan negeri ke peringkat lebih tinggi lagi," kata beliau selepas sesi memperkenalkan pelumba dan penaja yang diadakan di Wisma Darul Iman, di sini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja.

Media Baharu