fb fb fb fb fb

Axelsen rampas takhta Zii Jia, skuad Jepun pemenang terbanyak Kejohanan All England 2022

BIRMINGHAM, 21 Mac- Pemain pilihan pertama, Viktor Axelsen menewaskan pemain India, Lakshya Sen untuk memenangi kejohanan itu buat kali kedua.

Axelsen berjaya menundukkan Sen dalam straight set. Juara Dunia dan Olimpik itu menang 21-10, 21-15 dalam masa 53 minit di Arena Utilita, Birmingham.


(Pemain Denmark, Viktor Axelsen berjaya tundukkan Lakshya Sen di final Yonex All England 2022/AFP)

Ia merupakan gelaran juara perseorangan lelaki ke-18 untuk Denmark dalam kejohanan ini.

Kejohanan kali ini menyaksikan pemain Jepun menjadi pemenang terbanyak dengan tiga gelaran juara, iaitu perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran.

Nami Matsuyama dan Chiharu Shida menjadi johan beregu wanita selepas menewaskan pasangan dari China Xhang Shuxian-Zhen Yu dalam straight set, 21-13, 21-9 dalam masa 41 minit.


(Pasangan beregu campuran Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino/AFP)

Yuta Watanabe dan Arisa Higashino pula menjuarai kategoro beregu capuran selepas menewaskan juara Olimpik dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping juga dengan straight set, 21-19, 21-19.

Media Baharu