fb fb fb fb fb

Perancis juara Grand Slam Ragbi Enam Negara 2022

PARIS, 21 Mac- Perancis menjuarai Grand Slam Ragbi Enam Negara selepas berjaya menewaskan England 25 berbalas 13.

Ia pencapaian manis skuad Les Bleus sejak 2010 dan berada pada landasan tepat menjelang sepak mula Ragbi Piala Dunia 2023 di laman sendiri.

Stade de France yang sesak dengan penonton bergema apabila anak buah Fabien Galthie menghadirkan try pada minit-minit awal permainan.

Dominasi Perancis berterusan sehingga tamat separuh masa pertama.

England cuba bangkit pada separuh masa kedua namun try Freddie Steward dan sepakan penalti Marcus Smith tetap tidak mampu mengubah keputusan.

Jurulatih England, Eddie Jones ketika ditemui memuji pasukan Perancis dan menyifatkan mereka sebagai sudah bersedia.

"Perancis berhak mendapatkan kejuaraan Enam Negara, mereka adalah pasukan terbaik. Saya gembira dengan semangat yang ditunjukkan pasukan kami, kami mencipta peluang untuk memenangi perlawanan, tetapi ia tidak cukup untuk menang, itulah kisah kami di kejohanan Enam Negara ini," kata Eddie kepada media tempatan.


(Aksi perlawanan ragbi Enam Negara itu berlangsung di Stadium Stade de France, Perancis/AFP)

Media Baharu