KUALA LUMPUR, 25 Mac- Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong memilih untuk menjalani latihan di Perak bulan depan bagi mencari keserasian dengan pasangan baharu dalam acara 10 meter platform seirama.
Jelas pemenang pingat perak Sukan Olimpik London 2012, beliau sudah menjalani latihan dengan pasanganya itu sebelum ini, namun latihan berterusan di perlukan lagi bagi mencari kesempurnaan dalam terjunan sebagai persiapan ke Sukan Sea Hanoi Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
Selain itu latihan di Perak juga amat tepat kerana tidak memerlukan kos yang tinggi dan tidak perlu kuarantin.
(Foto fail/ BERNAMA)
"Bagi acara sukan kami menghadapi kesukaranan sewaktu latihan kerana untuk ke pertandingan luar negara kami perlu menjalani sesi kuarantin,
"Ini sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi kami, maka lebih baik kami terus menjalani latihan dan bertanding di Malaysia sahaja," jelasnya kepada media di Ibu negara.
Sebelum ini atlet kelahiran Sarawak itu pernah bergandingan dengan Datuk Leong Mun Yee yang telah mengumumkan persaraan.
Dalam masa sama beliau tidak mahu mendedahkan nama pasangan barunya itu.