KUALA LUMPUR, 25 Mac- Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Indonesia, Jonathan Christie dalam perlawanan badminton terbuka Switzerland.
Pada aksi yang berlangsung di Basel itu, Tze Yong berjaya menguasai set pertama apabila menang 21-18.
Namun, dia gagal mengekalkan momentum apabila tumpas 13-21 dan 12-21 pada dua set berikutnya sekaligus menyaksikan Jonathan selaku pilihan keempat kejohanan mara ke suku akhir.
(Perseorangan wanita, S. Kisona / BERNAMA)
Sementara itu, beberapa lagi wakil negara antaranya, perseorangan wanita, S. Kisona mara ke suku akhir.
Kisona berjaya menewaskan Saina Nehwal dalam pertarungan tiga set, 17-21, 21-13 dan 21-13.
Turut meneruskan perjuangan, beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Ong Yew Sin-Yeo Ee Yi dan Aaaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.