fb fb fb fb fb

Sofian Nabil dinobat Raja Bukit dan Raja Pecut

KEMAMAN, 25 Mac- Kejutan demi kejutan dicipta dalam perlumbaan Jelajah Terengganu yang dijenamakan kembali sebagai Tour Gateh D’Tranung apabila penguasaan podium bukan terdiri daripada pasukan ternama.

Bekas pelumba kebangsaan yang kembali membuat penampilan, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri membuat kejutan apabila dinobatkan selaku juara dalam semua peringkat kayuhan yang berakhir di Kemaman.

Sofian Nabil Omar yang menamatkan perlumbaan di tempat pertama bagi cabaran terakhir acara lebuhraya dengan catatan masa tidak rasmi 2 jam 17 saat membuktikan dirinya masih mampu menyaingi pelumba-pelumba profesional lain.

(Sofian Nabil Omar Mohd Bakri, 29)

Lebih manis, Sofian, 29 tahun juga turut dinobatkan selaku Raja Bukit dan Raja Pecut bagi cabaran peringkat ke-4 siri jelajah perlumbaan ini.

"Saya telah cuba yang terbaik, dan saya bersyukur sangat atas rezeki kali ini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan dan semua yang sentiasa menyokong saya daripada hari pertama hingga hari terakhir," katanya kepada Berita RTM.

Kali terakhir Sofian beraksi di pentas kompetitif adalah sewaktu mewakili pasukan kebangsaan dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020 sebelum pandemik COVID-19 .

Perlumbaan Tour Gateh D’Tranung berlansung selama 5 hari dengan keseluruhan jarak kayuhan sejauh 596.55km.

Media Baharu