fb fb fb fb fb

Jepun, Arab Saudi layak ke Piala Dunia 2022

(FOTO AFP)

SYDNEY, 25 Mac - Jepun mengesahkan penyertaan ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Australia, 2-0 dalam aksi kelayakan Asia.

Turut mara, Arab Saudi yang menghuni tangga kedua Kumpulan B.

Beraksi di Sydney, kedua-dua pasukan seakan buntu mencari jaringan sehingga babak kedua.

Kaoru Mitoma muncul watak utama permainan selepas menyumbat jaringan berganda di penghujung aksi, masing-masing pada minit ke-89 dan pada masa kecederaan.

(Kaoru Mitoma (tengah) meraikan jaringannya ketika membantu Jepun
menumpaskan Australia 2-0 untuk layak ke Piala Dunia 2022/AFP)

Keputusan kekal 2-0 sehingga tamat aksi.

Jepun mendahului kumpulan B dengan 21 mata, 2 mata dihadapan Arab Saudi.

Selain kedua-dua negara berkenaan, Korea Selatan dan Iran turut layak ke Piala Dunia 2022.

Media Baharu