fb fb fb fb fb

Ning Baizura tidak mahu ambil pusing

(Ning Baizura ketika ditemui pemberita RTM)

KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Baru-baru ini tular satu klip video mengenai persembahan Ning Baizura ketika menyanyikan lagu 'Awan yang Terpilu' sehingga ada yang mempertikaikan bakatnya sebagai penyanyi professional.

Dalam klip video tersebut menunjukkan keadaan vokalnya yang penuh emosi membuatkan suaranya sedikit terganggu.

Dalam satu kenyataan, Ning Baizura menjelaskan "Saya dah 30 tahun menyanyi dik, banyak lagi kontroversi kat luar sana nak buat saya menangis, nak buat saya mengaku penyesalan apa ke dah macam-macam saya lalui."

Jelas pemilik suara soprano itu, dia enggan mengambil peduli atas komen yang diberi kerana ia perkara yang tidak serius sehingga mampu menganggu emosinya.

Tambah beliau, "Kalau betul-betul anda akui anda adalah peminat industri muzik, anda harus buat semakan terlebih dengan menonton video penuh tersebut, saya terangkan."

Penyanyi berusia 47 tahun itu turut berterima kasih kepada golongan remaja khasnya apabila membuatkan klip video pendek itu tular, sekali gus meningkatkan bilangan mengkiutnya di media sosial.

Terdahulu, lagu ciptaan Lin Li Zhen dan Loloq itu pernah mengangkat popularitinya turut menerima beberapa anugerah tempatan sekitar tahun 2005.


(Ning Baizura ketika melakukan peragaan di sebuah majlis di ibu negara)

Media Baharu