(Irfan Haris dalam klip video Bisik)
KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Penyanyi yang cukup sinonim dengan melodi mendayu-dayu, Irfan Haris, hadir dengan single terbaharu berjudul ‘Bisik’, hasil ciptaannya sendiri bersama abang dan sepupunya.
Lagu ciptaan bersama Haiqal Iskandar dan Ubaidillah ini tercetus sekitar empat tahun lalu ketika dirinya sedang berduka dan bersedih selepas perpisahan dalam percintaan.
Sebelum dilancarkan lagi, lagu tersebut terlebih dahulu popular aplikasi tik tok.
Kemunculan bakat muda ini turut menghiasi industri seni tempatan dan mewujudkan saingan kepada bakat sedia ada.
Bakat nyanyian Irfan Haris dicungkil dalam sebuah program realiti kanak-kanak di sebuah stesen televisyen swasta pada tahun 2011.
Kini, beliau terus mengembangkan bakatnya dengan kemampuan yang dimiliki.
(Salah satu babak Irfan Haris dalam klip video Bisik)