fb fb fb fb fb

Aisha Retno pertaruhkan 'Sutera'

(Aisha Retno ketika menyampaikan lagu 'Sutera')

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Penyanyi muda berbakat besar, Aisha Retno kini tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul 'Sutera'.

Idea untuk mengeluarkan lagu ini timbul sejak tiga bulan lepas.

Lagu Sutera ini mengisahkan tentang pemerkasaan wanita supaya jangan terus putus asa dalam kehidupan.

Sebelum ini, penyanyi berdarah jawa sering membawakan lagu balada dan RnB.

Aisha juga, "berguru dengan ibunya untuk mempelajari teknik sinden dengan betul dalam lagu Sutera."

Bahagian sinden dalam lagu ini bukanlah mantra yang membawa maksud pemujaan, "dia just ayat-ayat yang memberi semangat kepada kita dan kiasan dan lagu ini."

Karya ini adalah gabungan sulung bersama seorang penerbit muzik, MFMF, "Aisha dah lama idamkan bekerjasama dengan MFMF daripada dulu lagi." Katanya dalam program Selamat Malam Malaysia.

Selepas menyertai sebuah pertandingan di stesen televisyen swasta, Aisha berpendapat MFMF merupakan calon yang sesuai untuk bekerjasama dalam penghasilan lagu Sutera.

Ini juga merupakan karya pertama Aisha dan bereksperimen dalam penulisan lagu selain genre balada dan RnB.

Ketika ditemu ramah oleh Nadhir Nordin, Pengacara Selamat Malam Malaysia, beliau juga memaklumkan lagu Sutera ini boleh didengari di semua platform muzik digital.

(Aisha Retno ketika ditemu bual oleh Nadhir Nordin dalam Program Selamat Malam Malaysia)

Media Baharu