fb fb fb fb fb

Aina Abdul terus bereksperimen

(Aina Abdul ketika menyanyikan lagu Terus Hidup dalam Program Selamat Malam Malaysia)

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Penyanyi yang selalu tampil dengan imej unik dan karya menarik, Aina Abdul terus bereksperimen dengan karya terbaharu berjudul 'Terus Hidup'.

Kisah disebalik lagu ini adalah berkenaan, "perasaan apabila anda berada dalam situasi yang anda rindu tapi anda tidak boleh berbuat apa-apa".

Beliau turut menambah, "mungkin orang itu dah pergi meninggalkan anda ataupun, jodoh tak panjang.

"Macam tu jadi aina nak menjadi lagu yang I can dedicate to anybody that i miss in my life." Katanya ketika ditemu bual dalam Program Selamat Malam Malaysia yang dihoskan oleh Nadhir Nordin.

Video muzik ini juga dihasilkan oleh seorang bakat muda, Shukor Sham yang merupakan juruvideo bagi lagu 'Terus Hidup'.

Kata-kata di awal permulaan muzik video tersebut juga merupakan isi hati Aina sendiri selepas perbincangan bersama juruvideo muda tersebut.

Perjalanan muzik Aina terus berkembang apabila beliau berjaya mewujudkan jenamanya tersendiri dalam industri muzik tempatan.

Muzik video 'Terus Hidup' boleh ditonton di laman youtube Aina Abdul dan semua platform muzik digital.

Sehingga kini, video muzik tersebut mencatat lebih 500,000 tontonan di youtube setelah dimuatnaik dalam tempoh lapan hari.

(Aina Abdul bersama Nadhir Nordin, Pengacara Program Selamat Malam Malaysia)

Media Baharu