(Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban)
SEREMBAN, 21 Ogos- Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Negeri Sembilan telah sampai ke kemuncaknya dengan menobatkan murid dari Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban, sebagai juara.
Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim berkata, pihaknya bersedia untuk memberi saingan sihat kepada peserta dari negeri-negeri lain dengan tekad mengekalkan gelaran juara yang dimenangi Negeri Sembilan pada edisi lalu.
"Kelainan pada pemenang kita ni, dia bukan berbangsa Melayu, berbangsa India dan cukup mahir dalam lagu Bahasa Melayu jadi saya rasa Negeri Sembilan membawa satu cabaran agak lain pada kali ini untuk kita pertandingkan di Kedah nanti dan seterusnya di Sarawak .
"Kali ini, Negeri Sembilan bersedia untuk ke peringkat seterusnya dan kita akan mencabar negeri lain untuk Pertandingan Akhir Bintang Kecil,"katanya.
Seramai lapan peserta bertanding ada Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban.
Johan dirangkul Kyesha Sahana Gomez, yang membawa pulang wang tunai RM2,000, piala dan sijil.
Naib johan pula milik Ryan Fitri yang memenangi wang tunai RM1,000, piala sijil.
"Saya rasa sungguh gembira, ini kali pertama saya menyertai Bintang Kecil dan saya sangat gemuruh.
"Saya tidak ada banyak masa untuk membuat persiapan, baju pun dijahit dalam tempoh empat hari," kata Kyesha.
(Juara Bintang Kecil Negeri Sembilan, Kyesha Sahana Gomez)
(Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim)