fb fb fb fb fb

JLo dan Ben Affleck buat majlis perkahwinan mewah disaksikan rakan-rakan dan keluarga

(Foto Instagram @tmz_tv)

WASHINGTON, 21 Ogos- Pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck mengadakan majlis pernikahan buat kali kedua dalam tempoh sebulan lebih dalam satu majlis mewah di estet bertaraf bintang "Good Will Hunting", lapor media AS.

Pasangan kekasih A-list itu sudah pun berkahwin di Las Vegas pada pertengahan Julai, tetapi menjadikannya rasmi sekali lagi, meraikannya bersama rakan-rakan dan keluarga di hartanah milik Affleck seluas 87 ekar (35 hektar) di negeri Georgia tenggara AS.

Antara artis Hollywood yang hadir pada majlis tiga hari itu ialah rakan lama Affleck, Matt Damon dan pengarah Kevin Smith.

Para tetamu memakai serba putih manakala Lopez memakai pakaian Ralph Lauren buatan Itali, menurut Fox News.

Pasangan itu masing-masing berusia 50 dan 53 tahun pertama kali bertemu di set filem "Gigli" pada tahun 2002.

Mereka menjadi sensasi media ketika berpacaran tetapi menangguhkan perkahwinan mereka yang dirancang pada 2003, kemudian mengumumkan hubungan mereka berakhir pada awal 2004.

"Bennifer", nama panggilan umum pasangan itu dari hubungan pertama mereka yang mendapat liputan luas media mencetuskan sensasi internet tahun lalu apabila gambar mereka bersama-sama sekali lagi mula beredar.

Lopez dan Affleck mengumumkan pertunangan mereka pada April.

Lopez menyiarkan video dirinya kelihatan emosi dan mengagumi cincin hijau dalam siaran akhbarnya, "On The JLo." Media AS melaporkan bahawa cincin itu adalah berlian hijau zamrud.

Ini adalah perkahwinan keempat untuk Lopez dan yang kedua untuk Affleck.

Lopez turut bercakap mengenai hubungannya dengan Affleck dalam temu bual dengan People pada bulan Februari.

"Ia adalah kisah cinta yang indah yang kami mendapat peluang kedua," katanya.- AFP


(Foto  Instagram @tmz_tv)

Media Baharu