GEORGETOWN, 24 November-Persatuan Melayu Pulau Pinang PEMENANG, akan membuat permohonan untuk menamakan sebuah jalan di Pulau Pinang sempena nama seniman negara, allayarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab dalam masa terdekat.
Ia sebagai menghargai jasa dicurahkan lagenda muzik kelahiran Pulau Mutiara itu semasa hayatnya.
Pengerusi PEMENANG, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata pencapaian allayarham yang turut membawa nama negara ke peringkat antarabangsa bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai.
"Insya-Allah, PEMENANG mungkin akan kemukakan permohonan supaya nama allahyarham diabadikan di satu jalan sebagai tokoh muzik pencipta yang terulung dalam negara ini", katanya di sini.
Allayarham memulakan karier muzik sejak berusia 16 tahun dan dianugerahkan gelaran Seniman Negara Ketujuh pada 2006.