KUALA LUMPUR, 2 Februari- Hampir tiga tahun tidak dapat menjalinkan kerjasama, RTM dan Mediacorp sekali lagi bergabung bagi Konsert Muzika Ekstravaganza pada Sabtu ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri.
Penerbitnya Rashidah Ali berkata edisi kali ke-14 ini bakal membawakan konsep duo yang mengangkat lagu-lagu hits Malaysia dan Singapura.
Konsert itu juga bakal menampilkan Nabila Huda dan Suzairhe Sumari selaku hos.
"Muzika Ekstravanganza kali ini RTM sebagai tuan rumah dan kita membawakan konsep duo hits yang menampilkan lagu-lagu popular Malaysia dan Sigapura.
"Kita akan bawakan pelbagai jenis genre muzik dalam konsert pada kali ini. Selain itu, artis lama dan baru akan digandingkan dalam satu pentas," Katanya kepada pemberita di Angakasapuri, di sini.
Antara penyanyi yang akan membuat persembahan ialah Akim Ahmad, Stacy dan Datuk Khadijah Ibrahim.
Manakala penyanyi dari Singapura ialah Elfee Ismail, Rahila Rashun dan Yung Raja.
(Rashidah Ali)