TEHRAN, 4 Januari-Pengarah Filem terkenal Iran, Jafar Panahi dibebaskan dari penjara dengan jaminan dua hari selepas melakukan mogok lapar membantah penahanannya.
Jafar dikerumuni oleh para penyokongnya dan dilihat meninggalkan penjara Evin pada Jumaat.
Jafar Panahi 62, ditahan Julai tahun lalu setelah melakukan protes membantah penahanan dua orang pembikin filem yang mengkritik pihak berkuasa Iran.
Menurut sumber BBC, isterinya Tahereh Saeedi memberitahu suaminya masih mempunyai baki hukuman penjara yang perlu dijalani.
Jafar Panahi sebelum ini memenangi beberapaanugerah utama perfileman termasuk Anugerah Utama Festival Filem Antarabangsa Berlin pada 2015 dan Festival Filem Cannes pada 2018.
Salah seorang pengarah filem Festival Cannes, Thierry Fremaux melahirkan kelegaan berhubung pembebasan pengarah terkemuka Iran itu.
"Kami tidak akan lupa penindasan dan keganasan yang dilakukan oleh kerajaan Iran kepada pembikin filem", katanya kepada AFP.
Tambahnya, Festival Filem Cannes akan bersama berdiri teguh di belakang artis seluruh dunia bagi mempertahankan kebebasan.
Terdahulu Jafar Panahi dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada Julai tahun lalu susulan mengkritik tindakan kerajaan Iran berhubung penahanan seorang pembikin filem Mohammad Rasoulof-AFP
(Pengarah Filem terkenal Iran, Jafar Panahi/FOTO AFP)