KUALA LUMPUR, 4 Februari- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bersama-sama isteri hadir ke Konsert Muzika Extravaganza 2023.
Turut sama, Menteri Komunikasi dan Informasi, Singapura, Josephine Teo.
Penganjuran program untuk kali ke-14 itu merupakan kemuncak penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama (JCM) Keenam Bidang Penerangan dan Komunikasi bagi kedua-dua negara.
Mengangkat tema ‘Duo Hits’, Muzika Extravaganza merupakan gabungan kekuatan pelbagai genre muzik popular kedua-dua negara.
(Fahmi dan Josephine Teo hadir Konsert Muzika Extravaganza 2023 di Angkasapuri)
Sebanyak 19 buah lagu dipersembahkan oleh barisan artis popular tanah air seperti, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Francisca Peter, Akim Ahmad.
Manakala, Singapura menampilkan antaranya, Datuk Ramli Sarip, Jatt Ali, Rahila Rashun dan Hazrul Nizam.