fb fb fb fb fb

Nad Zainal dan Ungku Ismail sudah kahwin?

KUALA LUMPUR, 29 Januari - Pasangan selebriti Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal memberi bayangan sudah berkahwin apabila kedua-dua pasangan itu memuat naik hantaran video berdurasi 8 saat sedang berpimpinan tangan berjalan di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan dalam Instagaram sebentar tadi.

Menguatkan lagi dakwaan itu, kedua-dua mereka kelihatan memakai baju pengantin lengkap berwarna putih.

Tidak menjelaskan lebih terperinci kemungkinan dakwaan tersebut, Nad dan Ungku hanya memuat naik kapsyen emoji bentuk love diikuti dengan tarikh iaitu 23 Januari lalu sempena 1 Rejab.

Penata busana kedua-dua pasangan itu turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Nad dan Ungku melalui hantaran di Instagram sethandluna_malaya.

"Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru Nad Zainal & Ungku Ismail semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah," kata penata busana kepada kedua-dua pengantin.

(FOTO Instagram Nad Zainal)

Dalam video yang dimuat naik oleh akaun sethandluna_malaya, kelihatan Nad dan Ungku didandan oleh jurusolek Alha Alfa dan ditatarias oleh Tym Fatimah.

Beberapa rakan selebriti turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan mereka.

"Happy for you babe (gembira untuk awak sayang)," tulis pelakon Ummi Nazeera di ruangan komen IG Nad.

"Congrats (tahniah) Nanad (nama panggilan Nad)," tulis pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan.

Sebelum ini, Ungku Ismail Aziz, 36, mengakui semakin rapat dengan pelakon, Nad Zainal, 32, lebih-lebih lagi ketika Nad berada dalam keadaan sakit.

Pada 21 November lalu, Nad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah di sebuah hospital di Ampang.

Ketika ditempatkan di hospital, Nad pernah ditidurkan sebagai salah satu proses rawatan agar paru-paru kembali berfungsi dengan baik.

Media Baharu