fb fb fb fb fb

LIGA PREMIER: Kelantan United tundukkan skuad projek FAM-MSN 2-1

KUALA LUMPUR, 14 April - Kelantan United menafikan hasrat Skuad Projek FAM-MSN meraih kemenangan sulung mereka dalam saingan Liga Premier selepas menundukkan pasukan itu 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam tadi.

Seawal wisel perlawanan ditiup, anak didik Hassan Sazali Mohd Waras dan Syamsul Mohd Saad pantas mengatur strategi perlawanan.

Namun kelebihan berpihak kepada Skuad Projek FAM-MSN apabila gol pertama perlawanan diperoleh hasil jaringan Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik pada minit ke-23.

(Kelantan United lebih banyak menguji kubu pertahanan Skuad Projek FAM-MSN/FB Football Association of Malaysia)

 

Kelantan United cuba bangkit mencari gol penyamaan dan peluang terhidang apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Jacob Njoku pada minit ke-44 bagi menjadikan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, Kelantan United lebih banyak menguji kubu pertahanan Skuad Projek FAM-MSN.

Asakan bertalu-talu dilancarkan akhirnya membuahkan hasil apabila Jacob sekali lagi muncul wira menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-80.

Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Media Baharu