LE CASTELLET, 13 April- Pelumba negara, Jazeman Jafaar teruja untuk memulakan aksi pada siri perlumbaan Le Mans Eropah, ELMS 2022 hujung minggu ini di Litar Paul Ricard, Perancis.
Ini kali pertama Jazeman mengikuti saingan siri eropah selepas bergelar Juara Kejuaraan Endurance Dunia, WEC dan Siri Le Mans Asia.
Pelumba 29 tahun itu akan memulakan saingan Le Mans Production 2, LMP2 bersama pasukan Virage disamping pelumba Perancis Gabriel Aubry dan pelumba berpengalaman Rob Hodes dari Amerika Syarikat.
(Pelumba negara, Jazeman Jafaar/ MARI)
"Saya rasa ini merupakan pengalaman baharu untuk kami kerana kategori pro AM sangat kompetitif, terdapat 7 kereta yang berkuasa daripada 17 untuk LAMP2 jadi kami akan berusaha untuk melakar keputusan yang sangat baik," katanya.
Jazeman juga berpuas hati dengan sesi ujian yang dilakukan oleh pasukannya apabila merekodkan masa ketiga terpantas pada sesi ke-4 ujian rasmi.
ELMS tahun ini melibatkan enam negara sebagai pentas perlumbaan iaitu Perancis, Itali, Hungary, Sepanyol, Belgium dan Portugal.