KUALA LUMPUR, 13 April- Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, PLBM mensasarkan dua pingat pada edisi bagi saingan Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Jelas Presiden PLBM, Datuk Awalan Abdul Aziz sasaran satu pingat emas dan satu pingat perak atau gangsa adalah realistik disebabkan atlet-atlet kebangsaan tiada pendedahan kejohanan diperingkat antarabangsa dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Jelas Datuk Awalan, sasaran berkenaan adalah lebih tinggi sedikit berbanding tahun 2018 di Gold Coast Australia.
"Pendedahan atlet-atlet di kejohanan antarabangsa boleh dikatakan masih rendah berbanding dengan peluang yang kami ada sebelum ini,
"Dalam masa sama, sukar untuk menduga pretasi atlet dan lawan mereka terutama di peringkat antarabangsa," katanya.
Sementara itu ketua jurulatih Zuraidi Puteh, yakin kontinjen yang dibarisi seratus peratus anak tempatan boleh memberikan keputusan yang baik menjelang aksi pada Julai depan.
Jelasnya, ini merupakan Sukan Komenwell pertama yang akan dikendalikan oleh Zuraidi yang sebelum ini mengantikan Simon Botas pada 2019.
(Ketua jurulatih skuad Lawn Bowls, Zuraidi Puteh)
"Kami akan buktikan bahawa pencapaian anak tempatan juga setanding dengan pencapaian yang dibuat jurulatih asing,"
"Ini juga merupakan kali pertama saya dilantik menjadi jurulatih untuk membawa atlet kita ke kejohanan yang besar seperti sukan Komenwell," jelas Zuraidi lagi.
Edisi kali ini skuad boling padang negara akan dibarisi lapan atlet lelaki dan lapan atlet wanita sebagai persediaan jika berlaku sebarang masalah berkenaan pandemik COVID-19.