fb fb fb fb fb

Roslin mahu Zii Jia waspada pemain muda di Piala Thomas

PETALING JAYA, 13 April- Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim yakin Lee Zii Jia akan membuat kejutan di dalam saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand, bulan depan.

Dalam masa sama beliau turut mengingatkan Zii Jia akan waspada dengan pemain-pemain muda yang sedang meningkat naik terutamanya Juara Terbuka Korea, Weng Hong Yang.

"Saya yakin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Lee Zii Jia sudah pasti mempunyai perancangan dan sasaran mereka sendiri,

"Cabaran Piala Thomas 2022 dilihat bakal memberi cabaran sengit apabila menyaksikan kebangkitan ramai pemain-pemain muda terutamanya dari India, Thiland dan Indonesia," jelasnya  ketika ditemui pada perlawanan amal badminton anjuran Surau Al-Abidin Perumahan Kastam WPKL antara bekas pemain kebangsaan dengan artis tanah air, malam tadi.

(Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim)

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan Zii Jia, tumpuan harus di berikan juga kepada nama-nama besar seperti Viktor Axelsen dan Jonatan Chirstie.

Bagi saingan Piala Thomas yang diadakan di Bangkok, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, England dan New Zealand.

Kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi final.

Media Baharu