fb fb fb fb fb

Sukan SEA Vietnam: Gabungan atlet lama dan baharu berpotensi besar sumbang pingat acara pecut

KUALA LUMPUR, 14 April - Gabungan atlet lama dan baharu dalam acara pecut berpotensi besar menyumbang pingat buat negara dalam temasya Sukan SEA Vietnam.

Keyakinan itu disuarakan pemenang pingat emas acara 100 meter dan 200 meter Sukan SEA Vietnam 2003, Nazmizan Muhammad.

(Gabungan atlet lama dan baharu bagi acara pecut berpotensi besar menyumbang pingat buat negara)

 

"Untuk acara 100 meter siapa yang bersedia, siapa yang berada di tahap terbaik peluang untuk pelari pecut kita untuk melakukan hatrik saya rasa tetap ada," kata Nazmizan kepada wartawan di sini.

Dua pelari pecut, Russel Alexander Nasir Taib dan Muhammad Arsyad Md Saat menggalas tanggungjawab besar mewakili negara bagi acara riben biru di Hanoi, selepas masing-masing layak secara merit.

Russel dipilih menggalas tugas negara selepas mencatat masa terbaiknya musim ini iaitu 10.46 saat.

Arsyad juga melakukan catatan catatan yang sama.

Untuk rekod, Khairul Hafiz menamatkan penantian selama 14 tahun Malaysia bagi memenangi acara 100 meter pada 2017 apabila mengungguli perlumbaan akhir dengan catatan 10.38 saat sebelum Haiqal mempertahankan emas tiga tahun kemudian di Filipina dengan catatan 10.35 saat.

Sukan Sea Hanoi akan membuka tirai pada 12 hingga 23 Mei ini.

 

Media Baharu