fb fb fb fb fb

Liverpool sekat kemaraan Benfica, menang agregat 6-4

LIVERPOOL, 14 April- Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menarik nafas lega apabila pasukannya berjaya menafikan kebangkitan Benfica sekali gus menempah slot ke separuh akhir kejohanan.

Liverpool mara ke saingan empat terakhir selepas menamatkan aksi suku akhir kedua awal pagi tadi dengan keputusan seri 3-3 untuk kemenangan agregat 6-4.

Jelas Klopp, beliau akui amat teruja dengan semangat dipamerkan semua pemain The Reds untuk melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

"Saya sangat gembira dan saya telah katakan ia beberapa kali sebelum ini. Saya tahu kita akan bercakap tentang perlawanan ini. Ketika saya tidak terlalu yakin untuk mara ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara, ada sesuatu yang salah dan mungkin saya patut bersara," kata Klopp kepada media.

Dalam perlawanan tersebut tiga gol Liverpool dijaringkan oleh Ibrahima Konate pada minit ke-21 dan dua daripada Roberto Firmino pada minit ke-55 dan ke-65.

Liverpool dijadual menentang Villarreal bagi aksi separuh akhir pada 27 April ini.


(Penyerang The Reds, Roberto Firmino berjaya mencetak dua gol pada perlawanan tersebut/AFP)

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Manchester City turut menempah slot ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

City mara selepas berupaya menyekat dominasi tuan rumah Atletico Madrid untuk keputusan seri 0-0.

Keputusan seri itu membolehkan City melakar kemenangan dengan agregat 1-0.

Di saingan separuh akhir kejohanan nanti, City bakal bertemu Real Madrid pada 27 April ini.-AFP

Media Baharu