(Pelakon Amber Heard bercakap dengan peguamnya pada prosiding saman terhadapnya
difailkan bekas suami, johnny depp Mahkamah Daerah Fairfax di Fairfax, Virginia/FOTO AFP)
FAIRFAX, 14 April- Peguam pelakon Johnny Depp mengemukakan saksi bagi menolak dakwaan yang disifatkan tidak berasas bahawa Amber Heard pernah dibaling telefon yang menyebabkan lecerderaan di bahagian muka dalam satu kejadian pada Mei 2016 semasa pertengkaran sebelum pasangan itu bercerai.
Ini berikutan keperluan mahkamah mengambil kira keterangan rakan lama Depp, Isaac Baruch pada hari kedua prosidng saman fitnah yang difailkan oleh bintang "Pirates of the Caribbean" terhadap Heard.
Depp, 58, memfailkan saman itu selepas Heard, 35, menulis ruangan untuk The Washington Post pada Disember 2018 di mana dia menggambarkan dirinya sebagai ikon yang mewakili penderaan domestik.
Walaupun pelakon wanita itu tidak pernah menamakan Depp, yang ditemuinya pada tahun 2009 di set filem The Rum Diary tetapi Depp menyamannya kerana sebagai lelaki yang pernah mengahwini Heard, kenyataan itu mengaitkannya sebagai seorang pendera rumah tangga.
Berikutan itu, Depp menuntut ganti rugi AS$50 juta.
Heard, yang berkahwin dengan Depp dari 2015 hingga 2017, bertindak balas, meminta AS$100 juta dan mendakwa dia mengalami trauma keganasan dan penderaan fizikal yang berleluasa dilakukan Depp
Heard mendakwa bahawa Depp memukul mukanya dengan telefon bimbit pada petang 21 Mei 2016, semasa pertengkaran.
Polis dipanggil tetapi tidak membuat laporan.
Heard meminta cerai dua hari kemudian dan memohon perintah sekatan terhadap Depp pada 25 Mei, hadir di mahkamah Los Angeles dengan kesan di mukanya.
Baruch, yang tinggal di bangunan yang sama dengan Depp dan Heard, memberi keterangan bahawa dia ada terserempak dengan Heard sehari selepas kejadian membaling telefon yang diadukan Heard kepadanya
Baruch, yang mengenali Depp sejak 1980 pernah ditanggung kos sewa rumahnya dan beberapa perbelanjaannya yang lain turut dilapor pernah dibayar Depp, berkata dia bertanya kepada Heard sama ada Depp telah memukulnya.
"Heard mengaku dan mengadu kepada saya Depp melemparkan telefon ke arahnya serta memukul dia,'" kata Baruch, sambil menambah bahawa dia kemudiannya memeriksa wajah Heard.
"Saya pandang dahi dia, saya pandang sebelah mata dia, saya pandang pipi dia, saya pandang dagu dia, saya pandang sebelah muka dia, tetapi tidak nampak apa-apa,saya tidak nampak luka, lebam, bengkak atau kemerahan."
(Johnny Depp hadir prosiding kes saman terhadap bekas isterinya
di Fairfax County Circuit Court, Virginia/FOTO AFP)
Bahkan Baruch berkata dia sempat mencium pipi sambil memeluk Heard tanpa mendengar keluhan sakit pada bahagian yang didakwa mengalami kecederaan.
Selepas beberapa hari pertemuan itu, Baruch berkata dia mendapat tahu bahawa Heard kemudiannya telah meminta cerai dan dia melihat gambar wanita itu disiarkan berita dengan tanda lebam di pipinya.
Katanya, sepanjang mengenali Depp dia tidak pernah mengetahui pelakon lelaki itu bersikap ganas atau menyaksikan sebarang keganasan fizikal antara pasangan itu.
Peguam Heard memberitahu juri pada hari Selasa bahawa Depp mendera Heard secara fizikal dan seksual semasa bender yang menggunakan bahan api dadah dan alkohol di mana dia menjadi "raksasa".
Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard di Amerika Syarikat selepas kalah dalam kes libel berasingan di London pada November 2020 yang dibawanya terhadap The Sun kerana menggelarnya sebagai pemukul isteri.