fb fb fb fb fb

Kristen Stewart tidak 'enjoy' dalam pembikinan semula Charlie's Angels

Kirsten Stewart / REUTERS

NEW YORK, 12 Januari- Aktres Hollywood Kirsten Stewart mendedahkan dirinya tidak gembira ketika penggambaran filem Charlie's Angels.

Bintang Twilight itu mengakui dia mempunyai perasaan kurang selesa ketika membintangi pembikinan semula Charlie's Angels pada 2019.

"Saya benci membuat filem itu," katanya kepada Variety pada Khamis. “Saya tak tahu nak cakap apa lagi.”

Pelakon itu merujuk kepada filem asal yang dikeluarkan pada 2000 yang dibintangi Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu sebagai alasannya untuk merasakan bahawa peranannya dalam filem yang dibuat semula itu bukanlah langkah yang tepat untuknya.

“Sejujurnya ketiga-tiga anda tiada tandingan. Cameron, Lucy dan Drew, saya suka filem itu,” katanya.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE