(Smith mencetuskan kontroversi di pentas Oscar apabila melempang Chris Rock pada 27 Mac lalu/FOTO AFP)
Pada 27 Mac lalu, Smith menampar Chris Rock susulan lawak yang kurang disenangi kerana mempersenda penampilan isterinya iaitu Jada Pinket Smith yang berimej botak.
Dalam gurauannya pada ketika itu, Rock menyamakan Jada Smith seperti watak G.I Jane lakonan Demi Moore.
Tanpa diduga, Smith yang juga merupakan calon Oscar, naik ke atas pentas lalu melempang Rock.
Penonton yang hadir pada malam itu turut terkejut dan terpinga-pinga dengan aksi Smith.
Sebaik menampar Rock, Smith kembali ke tempat duduk dan menjerit ke arah Rock meminta agar nama isterinya tidak disebut.
Smith memberi amaran kepada Rock supaya tidak mempersenda isterinya, sebaik sahaja dia ketika kembali ke tempat duduknya.