KLANG, 15 Februari- Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin berkenan berangkat menghadiri pameran serta pertunjukkan fesyen bertemakan 'Indahnya Raya 2025' yang menghimpunkan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa.
Ketibaan baginda pukul 2.30 petang disambut Pengarah Urusan Ridz Design & Fashion, Ridzuan Bohari dan beberapa kenamaan lain.
Tengku Norashikin meluangkan masa hampir dua jam menyaksikan pertunjukan fesyen busana raya sempena Aidilfitri daripada empat pereka fesyen terkemuka dari Malaysia, Maghribi, dan Indonesia.
Mereka terdiri daripada Ridzuan Bohari, Datuk Tom Abang Saufi, LOAYO by Loubna Ayouche dan Defrico Audy.
Indahnya Raya 2025: bukan sekadar meraikan keunikan fesyen namun mampu menjadikan malaysia destinasi utama dalam pelancongan, seni dan budaya selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Hotel Wyndham Acmar Klang, Selangor, pertunjukan fesyen berkenaan mempamerkan jenama eksklusif dengan pendekatan fesyen kontemporari.