fb fb fb fb fb

Ilmu, bimbingan kunci usahawan berdepan cabaran - Siti

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR, 25 November-Ilmu dan bimbingan yang betul menjadi kunci kejayaan seseorang usahawan dalam berdepan pelbagai cabaran.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yakin lebih ramai usahawan dapat dilahirkan jika diberi bimbingan yang berterusan.

Siti juga optimis melahirkan dan membimbing lebih ramai usahawan melalui empayar perniagaannya seperti Simplysiti dan Beausiti.

"Kita mewujudkan ramai usahawan dan akan membuka peluang kepada mereka yang berminat, tidak kira lelaki, perempuan, pelajar atau suri rumah. Kita akan bimbing jadi usahawan. Hidup ini mencabar kita kena 'multitasking', perlu bijak mencari peluang untuk menambah baik ekonomi dan kehidupan mereka," kata Siti kepada pemberita di sini.

Siti juga sentiasa memberi sokongan dan kerjasama terhadap pelbagai program pembangunan keusahawanan.

Beliau turut berhasrat mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk kesihatan khusus buat lelaki dalam masa terdekat ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM