fb fb fb fb fb

Fateha Nasleen dinobat sebagai juara Bintang Kecil RTM 2023

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 4 September 2023- Fateha Nasleen Suhailin atau dikenali sebagai Kiki dinobatkan sebagai juara Bintang Kecil RTM 2023.

Kiki yang berasal dari Sabah turut memperoleh kemenangan berganda apabila turut diumumkan selaku pemenang bagi Persembahan Terbaik.

Pertandingan yang berlangsung meriah di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak itu menyaksikan Kiki membawa pulang hadiah sebanyak RM20,000 berserta trofi, sijil dan hadiah iringan serta hadiah Persembahan Terbaik sebanyak RM4,000.

"Naib juara pula menjadi milik Nurfarina Farha Abdul Zahir dari Selangor yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 disusuli tempat ketiga dimenangi oleh Wa’ie Mohd Zain dari Johor, memenangi wang tunai sebanyak RM10,000.

Pentas sama menyaksikan Mohd Alif Ikmal Danial Azawan dari Sabah dipilih memenangi Bintang Pilihan Prodigy manakala lima finalis yang lain, masing-masing membawa pulang wang tunai dan hadiah saguhati bernilai RM5,000, sijil berserta trofi," jelas RTM menerusi satu kenyataan.


(Barisan pemenang dan finalis Bintang Kecil RTM 2023)

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi yang telah hadir bagi mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kemuncak Bintang Kecil 2023 turut diserikan dengan persembahan artis jemputan, Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri, Luca Sickta, Kmy Kmo dan Hijrah Yahya yang menghiburkan penonton dengan lagu popular masing-masing.


(Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi menyampaikan hadiah kepada naib juara,
Nurfarina Farha Abdul Zahir diiringi Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman)

Media Baharu