fb fb fb fb fb

Enam sitara ke pentas kemuncak Bintang Klasik 2023 Sabtu ini

Peserta paling muda terpilih Muhammad Hisyam Abdul Rahim/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 Oktober –Saingan kemuncak Bintang Klasik 2023 yang berlangsung pada 14 Oktober ini, bakal menyaksikan enam sitara menampilkan bakat nyanyian masing-masing untuk merebut gelaran juara.

Kejutan dibuat, berbanding rancangan awal hanya lima sitara (peserta) sepatutnya bersaing pada hari kemuncak itu.

"Daripada sepuluh sitara bertanding, enam peserta berjaya menambat hati juri dengan persembahan cukup memukau pada Pentas Prakemuncak Bintang Klasik 2023, berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri, Kota Media, hujung minggu lalu," menurut kenyataan itu.

Pada acara itu, dua peserta wanita iaitu Siti Nur Nadia Mohd Rozi, 29; dan Nur Atikah Mohd Yousof, 25; masing-masing menyampaikan medley lagu ‘Disebut Jangan Dikenang Jangan’ dan ‘Dengan Cinta Ku Bina Istana’ juga medley lagu ‘Jauh Di Mata’ dan ‘Engkaulah Harapan Hidupku’.

Saingan turut diberikan oleh sitara lelaki iaitu Muhammad Shahrul Ikmal Osman, 27; menyerlah dengan lagu ‘Kenang Daku Dalam Doamu’ dan ‘Kemana Dimana’, Mohd Kasmir Mahalil, 25; menyanyikan lagu ‘Senandung Malam’ dan ‘Umpan Jinak Di Air Tenang’, Firdaos Azzahan, 29; lagu bertajuk ‘Halimun Malam’ dan ‘Lembaran Terakhir’.

0910 KEMUNCAK SITARA 1

Barisan peserta yang akan bersaing pada Pentas Kemuncak Bintang Klasik 2023, pada 14 Oktobe 2023/Foto RTM

Peserta paling muda terpilih iaitu Muhammad Hisyam Abdul Rahim, 22; menyanyikan lagu ‘Berdendang Anak Dara’ dan ‘Kau Lupa Janji’.

Tampil dengan konsep ‘Pesta Muda Mudi’, empat peserta yang turut bertanding iaitu Yulia Kemelia Kasim, Norshahira Abdul Malik, Nur Idayu Azizi, dan Ariff Hilmy Muhammad Amir. 

Menampilkan gandingan serasi penyampai Radio Klasik sebagai pengacara iaitu Nadeeya Ahmad dan Azlan Omar, Prakemuncak Bintang Klasik 2023 turut dimeriahkan dengan kemunculan artis terkenal termasuklah J Sham, Fredo, Roy dan Azian Mazwan Safuan yang cukup menghiburkan menyanyikan lagu pernah dipopularkan oleh mereka. 

Nantikan Kemuncak Bintang Klasik 2023 pada 14 Oktober depan dan disiarkan secara langsung pukul 9.00 malam menerusi saluran TV2. RTM juga akan menyiarkan rakaman Prakemuncak Bintang Klasik pada hari sama, pukul 5.00 petang menerusi TV2.



Media Baharu