fb fb fb fb fb

Dua pasangan beregu negara muncul naib juara Terbuka Switzerland 2022

BASEL, 28 Mac- Dua pasangan beregu Malaysia yang beraksi pada pentas final Badminton Terbuka Swiss 2022 akur dengan kejayaan apabila hanya sekadar bergelar naib juara kejohanan itu.

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai tewas kepada pasangan dari Jerman, Mark Lamfuss-Isabel Lohau, 21-12-18-21, 17-21 dalam masa 1 jam 5 minit.

Soon Huat-Shevon Lai mara ke final selepas menewaskan satu lagi pasangan negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing di peringkat separuh akhir pada Sabtu.

Walaupun menang di permainan pertama, mereka tidak berupaya menyekat kecemerlangan pasangan Jerman itu apabila tewas di set kedua dan set penentuan.


(Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai/Gambar Fail)

Satu lagi harapan negara diletakkan kepada Juara Terbuka Jerman, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani.

Namun Sze Fei-Izzudin gagal merangkul gelaran kedua mereka apabila tewas di pentas akhir di Basel.

Mereka tewas kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, 18-21, 19-21 dalam masa 39 minit.

Media Baharu