fb fb fb fb fb

'The Bos Gaurus' dilanda krisis dalaman, pengendali minta peminat faham

KUALA NERUS, 27 Mac- Ketua Jurulatih dan pengendali pasukan Perak FC, Yusri Che Lah tidak sanggup meninggalkan pemain walaupun terkilan dengan krisis dalaman yang melanda pasukan.

Yusri berkata demikian selepas pasukannya tewas kepada Terengganu FC Dua , 3-0, kekalahan kedua ‘The Bos Gaurus’ sejak memulakan kempen Liga Perdana musim ini.

Bekas Pengendali Skuad Projek FAM-MSN musim lalu itu berkata, tidak timbul isu menyesal dan berhijrah.

"Saya masih berasa kasihan kepada pemain ..saya rasa, saya tak sanggup untuk keluar. meninggalkan dalam keadaan ini. Kalau saya keluar sekalipun. biarlah keadaan semua sudah berakhir dengan tidak ada masalah. dan kerana kalau saya keluar, dia hanyalah masalah kepada saya. bukan masalah kepada mana-mana pihak," katanya.

Perak FC dikatakan hanya mendaftarkan 20 pemain pada musim 2022, namun mempunyai pilihan 17 pemain sahaja termasuk tiga penjaga gol.

Tiga pemainnya mengalami kecederaan serius dan terpaksa berehat panjang.

"Mereka yang hari ini rata-rata hampir lima bulan tanpa bayaran, cuma kami baru menerima bayaran separuh sahaja. Sebelum ini, dan saya rasa persembahan mereka seharusnya diberi pujian. walaupun kami beraksi tidaklah sebaik mana, tetapi, mampu menghabiskan 90 minit kerana perlu diingat, peraturan menetapkan lima pemain boleh di tukar, jadi saya hanya ada dua, jadi saya mohon kepada semua faham keadaan kami," kata Yusri.


(Ketua Jurulatih dan pengendali pasukan Perak FC, Yusri Che Lah)

Perak FC dijadual bertemu Kijang Rangers pada pertemuan aksi ketiganya di Liga Perdana, 31 Mac Khamis ini, di Ipoh.

Media Baharu